Inkues Adib: Tidak ada siapa nasihat rujuk Peguam Negara - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Tidak ada siapa nasihat rujuk Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak menerima apa-apa nasihat berkaitan pelantikan peguam untuk inkues berkaitan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Zuraida berkata, apabila Syazlin Mansor menjalankan tugasnya, beliau tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana pihak, dan menganggap pelantikan peguam itu adalah betul.

“Saya tidak dinasihatkan oleh mana-mana peguam jika saya hendak melantik, saya perlu melalui Jabatan Peguam Negara (AGC).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya buat lantikan terus, sendiri. Disepanjang perjalanan inkues itu, tiada sesiapa yang membangkitkan isu tersebut* Saya ingat semua ok dan betul,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Speedhome, satu platform yang menghubungkan pemilik bangunan secara terus, kepada penyewa dengan menyediakan perlindungan sewaan dan khidmat pembelian rumah, di sini hari ini.

Platform Speedhome yang tidak mengenakan deposit dan juga komisen itu, pada masa ini mempunyai data lebih 56,000 senarai hartanah dan 63,000 potensi senarai penyewa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini