200 pengguna jalan raya dapat notis amaran - Utusan Malaysia

200 pengguna jalan raya dapat notis amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan lebih 200 notis berdasarkan aduan berkaitan kesalahan jalan raya yang diterima melalui aplikasi WhatsApp rasmi mereka dalam tempoh tiga hari sehingga semalam.

Pengarah JPJ, Datuk Shaharudin Khalid berkata, antara kesalahan yang sering dilaporkan melalui aplikasi WhatsApp tersebut adalah kenderaan yang memandu di lorong kecemasan serta memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

“Apabila kita menerima aduan daripada orang ramai, anggota JPJ akan menjalankan siasatan dengan melihat semula lokasi kejadian berkenaan dan mencari kenderaan terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, bagi membolehkan pihak kami menjalankan siasatan dengan menyeluruh, aduan tersebut perlu lengkap iaitu mempunyai tarikh, masa, lokasi kejadian, gambar atau video yang jelas dan juga nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan sempena Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini.

Pihak JPJ juga mewujudkan sekretariat aduan yang beroperasi selama 16 jam bermula pukul 8 pagi hingga 12 malam sepanjang ops kecuali pada Hari Raya Aidilfitri pada Rabu dan Khamis ini.

Shaharudin menambah, antara kesalahan lain yang sering dilaporkan melalui WhatsApp juga adalah menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

“Apabila pihak kami mengeluarkan notis untuk kesalahan nombor pendaftaran kenderaan, anggota JPJ sendiri akan pergi ke rumah mereka yang melakukan kesalahan untuk menyerahkan notis tersebut.

“Tempoh 10 hari diberikan kepada mereka untuk membetulkan kesalahan tersebut dan jika pihak JPJ berpuas hati dengannya, notis tersebut akan dibatalkan dan tiada saman dikeluarkan,” ujarnya.

Orang ramai yang mahu membuat aduan boleh menghantarnya ke talian 013-4498997 melalui aplikasi WhatsApp atau di alamat emel [email protected] dengan mengemukakan butir-butir kesalahan serta maklumat lengkap pengadu. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini