Op Selamat 15: Polis Terengganu keluar 6,028 kompaun sejak Rabu - Utusan Malaysia

Op Selamat 15: Polis Terengganu keluar 6,028 kompaun sejak Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Polis Terengganu telah mengeluarkan sebanyak 6,028 kompaun atas pelbagai kesalahan trafik kepada pengguna jalan raya di negeri ini sepanjang empat hari pelancaran Op. Selamat 15 sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, ia peningkatan lebih 22 peratus berbanding 4,966 kompaun yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh sama pada Op. Selamat 13 dilancarkan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.

“Pengeluaran kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, mengguna telefon bimbit semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penguatkuasaan ini mula menunjukkan kesannya apabila jumlah kemalangan yang dicatatkan sejak pelancaran Op. Selamat 15 ini menunjukkan penurunan kepada 130 kes berbanding 143 kes pada tahun lalu,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Aidilfitri peringkat negeri di pintu gerbang sempadan Terengganu dan Pahang, Jalan Kemaman – Pahang berhampiran Geliga dekat sini hari ini.

Aidi berkata, sebanyak 40 kes kemalangan yang dicatatkan di negeri ini sepanjang berlaku di daerah Kuala Terengganu, Kemaman (33), Dungun (17), Besut (13), Marang (10), Setiu (sembilan) dan Hulu Terengganu (lapan). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini