50,000 dijangka hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri - Utusan Malaysia

50,000 dijangka hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 50,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Majlis anjuran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama anggota Kabinet itu akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 4.30 petang.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis tersebut bertujuan untuk beramah mesra serta mengeratkan silaturahim antara pemimpin dengan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di samping itu kenyataan tersebut memberitahu, majlis berkenaan juga bagi meningkatkan persefahaman masyarakat dan berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan golongan yang kurang bernasib baik.

“Orang ramai dijemput hadir dengan memakai pakaian yang bersesuaian bagi menghadiri majlis tersebut.

“Bagi memudahkan para pengunjung ke majlis tersebut, perkhidmatan bas percuma bermula pukul 9.30 pagi turut disediakan di tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jelas kenyataan itu lagi, pengunjung dinasihatkan agar menaiki bas di lokasi yang sama untuk pergi balik dan meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Diharap penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri dapat mengeratkan lagi kebersamaan, perpaduan, keharmonian serta memberikan keceriaan untuk rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini