Cubaan seludup ikan ke Singapura disekat - Utusan Malaysia

Cubaan seludup ikan ke Singapura disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Cubaan menyeludup 56.9 kilogram (kg) ikan ke Singapura berjaya disekat oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di laluan eksport Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor baru-baru ini.

MAQIS dalam satu kenyataan memberitahu, rampasan itu dibuat atas kesalahan tiada permit eksport (EP) dari jabatan itu dan merupakan antara spesis ikan yang disekat untuk aktiviti dieksport sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 1 Mei hingga 30 Jun depan.

“Hasil pemeriksaan oleh dua orang pegawai penguatkuasa MAQIS yang bertugas mendapati lori membawa konsainan terbabit mencurigakan dan telah melakukan pemeriksaan 100 peratus pada lori membawa kosainan ikan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara spesis ikan yang telah dirampas iaitu ikan selar kuning, ikan bawal emas, ikan tongkol dan ikan selar papan,” katanya di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, pengimport tersebut telah disiasat dan akan didakwa di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 11(3), akta yang sama iaitu denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, tambah kenyataan berkenaan, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Akta MAQIS digunapakai untuk mengawal eksport keluaran pertanian termasuk ikan bagi memastikan pengkesportan yang dijalankan mematuhi syarat eksport yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini