AIN ISSA – Pihak berkuasa Kurdish di timur laut Syria menyatakan kesediaan untuk membebaskan 800 wanita dan kanak-kanak, termasuk ahli keluarga militan ekoran masalah kesesakan di kem tahanan.
AFP melaporkan, kesemua mereka yang merupakan warga Syria kini ditempatkan di kem Al-Hol yang dikendalikan olej kumpulan pemberontak Kurdish.
Pengerusi bersama majlis pentadbiran eksekutif Kurdish, Abd Al Mehbach memberitahu, ketika ini kem itu menempatkan hampir 74,000 tahanan termasuk 30,000 warga Syria.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, mereka akan dibebaskan esok dan dibawa menemui keluarga masing-masing atas permintaan puak Arab tempatan. -AFP











