Terbangkan pesawat 856 kali guna lesen palsu - Utusan Malaysia

Terbangkan pesawat 856 kali guna lesen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ST GEORGE, Australia – Seorang lelaki, Lachlan Jones, 28, telah menerbangkan pesawat sebanyak 856 kali menggunakan lesen palsu yang direkanya.

Dalam satu perbicaraan di sini baru-baru ini, mahkamah diberitahu defendan yang berasal dari bandar St. George di Queensland itu pernah menerbangkan pesawat untuk lima buah syarikat akuakultur antara tahun 2013 dan 2015.

Dia pernah menjalani 23 kali peperiksaan teori untuk mendapatkan lesen tetapi hanya lulus tiga daripada tujuh peperiksaan wajib, menurut laporan akhbar The Australian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jones yang terdesak untuk mendapatkan lesen telah pergi ke Amerika Syarikat (AS) dan berjaya memperoleh lesen pesawat komersial dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Ujian yang perlu dilaluinya untuk mendapatkan lesen di AS hanyalah dengan menjawab soalan kaji selidik mudah dan mendapat 70 markah.

Penyiasat Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Sivil Australia (CASA), Paul Campbell berkata, Jones menerbangkan pesawat secara berbahaya dengan kemahiran yang terhad.

“Terdapat bukti bahawa dia menerbangkan pesawat secara berbahaya dan bertanggungjawab terhadap satu kemalangan di AS, malah pernah melanggar wayar elektrik di Australia,” katanya.

Mahkamah melepaskan Jones daripada hukuman penjara enam bulan kerana memalsukan serta memberi maklumat tidak tepat kepada CASA, namun dia didenda AS$10,000 (RM41,922) untuk lima kesalahan menerbangkan pesawat tanpa lesen sah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini