PKR Melaka perlu selesaikan isu letak jawatan - Adly Zahari - Utusan Malaysia

PKR Melaka perlu selesaikan isu letak jawatan – Adly Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mahu kepimpinan wanita PKR negeri menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan isu membabitkan dua ketua wanita cabang parti itu yang meletakkan jawatan, baru-baru ini.

ADLY ZAHARI
ADLY ZAHARI 

Ketua Menteri yang juga Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, isu perletakan jawatan dua ketua wanita cabang PKR negeri berkenaan merupakan masalah dalam parti tersebut.

Menurutnya, masalah dalaman parti hendaklah diselesaikan secara dalaman melalui perbincangan yang baik agar ia tidak menjejaskan imej kerajaan PH negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu sebenarnya adalah isu dalaman parti (PKR) dan kita serahkannya kepada kebijaksanaan kepemimpinan wanita di peringkat PKR Melaka untuk menyelesaikan isu parti berkenaan.

“Saya yakin, masalah dalaman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pasar Harapan Rakyat D’Ambang Aidilfitri di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Telok Mas, di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, Ketua Wanita PKR Cabang Tangga Batu, Rohanie Mahmud dikatakan telah meletakkan jawatan pada 26 Januari lalu dan menyertai UMNO.

Manakala, Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka, Lilla Madon melepaskan jawatan sama dipercayai atas isu kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini