Mourinho, Wenger kagum dengan alunan 'You'll Never Walk Alone' penyokong Reds - Utusan Malaysia

Mourinho, Wenger kagum dengan alunan ‘You’ll Never Walk Alone’ penyokong Reds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 2 Jun – Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak dapat menyembunyikan rasa kagum setiap kali mendengar penyokong Liverpool menyanyikan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ dalam final Liga Juara-Juara menentang Tottenham, hari ini.

Mourinho menjadi pengulas perlawanan buat beIN Sports bersama bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Kamera di studio beIN Sports beberapa kali merakamkan detik setiap kali Mourinho dan Wenger mendengar penyokong Reds menyanyikan lagu tema mereka itu sepanjang permainan berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika diminta mengulas mengenai suasana itu, Mourinho berkata: “Tidak, ini lebih indah daripada apa yang boleh kami ungkapkan dengan kata-kata. Ini sangat indah.”

Wenger juga menyuarakan rasa kagum dengan suasana di Stadium Wanda Metropolitano dengan berkata: “Ia sangat unik”.

Mourinho juga tidak henti-henti memuji kejayaan Liverpool merangkul kejuaraan Eropah kali keenam selepas mengalahkan Tottenham 2-0, berterima kasih kepada jaringan Divock Origi dan Mohamed Salah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini