260,000 solat Jumaat di Masjid al-Aqsa - Utusan Malaysia

260,000 solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS – Lebih 200,000 umat Islam menunaikan solat Jumaat pada minggu terakhir bulan Ramadan tahun ini di pekarangan Masjid al-Aqsa di Kota Lama, Baitulmuqaddis kelmarin semasa Israel meningkatkan kawalan keselamatan selepas berlakunya satu kejadian tikaman.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyelia pekarangan tapak suci itu menyatakan kira-kira 260,000 umat Islam hadir untuk mengerjakan solat tersebut.

Seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tentera Israel ketika mangsa cuba menyelinap masuk ke Baitulmuqaddis untuk menunaikan sembahyang di Masjid al-Aqsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solat Jumaat berlangsung selepas beberapa jam seorang lagi remaja Palestin berumur 19 tahun ditembak mati tentera rejim Zionis kerana didakwa menikam dua warga Israel di Kota Lama.

Remaja itu didakwa menikam seorang warga Israel di Pintu Damsyik dan seorang lagi di Pintu Jaffa, dekat tembok Kota Lama, kata jurucakap polis Israel, Mickey Rosenfeld.

“Unit polis segera ke lokasi selepas melihat penyerang bersenjatakan sebilah pisau. Penyerang itu ditembak mati,” kata Rosenfeld

Kementerian Kesihatan Palestin menya­takan remaja itu ialah Yusef Wajih dari perkampungan Abwein di tengah Tebing Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini