Lelaki nyaris maut dibaham buaya - Utusan Malaysia

Lelaki nyaris maut dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki nyaris maut selepas dipercayai diserang buaya dalam kejadian di sebuah tasik berhampiran Kampung Kuala Tutoh, Marudi, Sarawak, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Christopher Jau Luhan, 31, dikatakan sedang menjala ikan dari atas perahunya di tasik tersebut sebelum dilibas seekor buaya yang tiba-tiba muncul di permukaan air.

“Buaya tersebut kemudian cuba membaham mangsa yang terjatuh ke dalam tasik namun dia berjaya melepaskan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menerima panggilan pada pukul 1.57 pagi dan sebaik sahaja tiba ke tempat kejadian, mangsa terus dibawa ke Hospital Marudi untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan badan sebelah kanan serta mengalami pendarahan yang banyak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini