4 pelesit rempit ditahan di BORR - Utusan Malaysia

4 pelesit rempit ditahan di BORR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Seorang pelajar sekolah tingkatan lima merupakan antara empat pelesit rempit yang ditahan polis dalam satu operasi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi.

Menerusi Op Samseng Jalanan kira-kira pukul 2.45 pagi itu, kesemua lelaki berusia 17 hingga 25 tahun itu ditahan selepas didapati menunggang secara melulu dan merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di atas lebuh raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapati keempat-empat mereka menunggang sambil melakukan aksi zig-zag dan menundukkan kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aksi itu dilakukan bermula dari Plaza Tol Bagan Ajam menghala ke lampu isyarat Jalan Paku Lima dan berpatah semula ke arah Plaza Tol Bagan Ajam menuju ke lampu isyarat Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sebelum membuat pusingan semula ke Plaza Tol Bagan Ajam.

“Mereka kemudiannya ditahan ketika berhenti di kawasan rehat dan rawat (RnR) Bagan Ajam, Butterworth,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, siasatan pihaknya mendapati keempat-empat mereka yang ditahan bekerja sebagai kelindan lori, pencacah tatu, operator kilang dan pembantu kedai.

Tambah beliau, pihaknya turut mengeluarkan beberapa saman terhadap suspek ntaranya tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, tiada cermin sisi, tiada nombor plat hadapan dan melakukan ubah suai motosikal.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini