Periuk kera `tandas’ kelawar, tupai? - Utusan Malaysia

Periuk kera `tandas’ kelawar, tupai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR – Lemang periuk kera semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini terutamanya di Johor dan Pahang kerana dikatakan lebih enak daripada lemang buluh.


Namun begitu, ada berita mengejutkan tentang tumbuhan eksotik itu yang didakwa sekumpulan saintis dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dijadikan sebagai `tandas’ oleh kelawar dan tupai.


Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) mendedahkan, saintis berkenaan turut mendakwa periuk kera dapat bertahan lama kerana kotoran daripada kelawar.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Periuk kera yang dikunjungi oleh kelawar mempunyai lebih banyak nitrogen di dalam daun mereka berbanding tumbuhan kawalan.


“Malah, najis kelawar boleh menyumbangkan sekurang-kurangnya 34 peratus daripada keperluan nutrien untuk periuk kera,” katanya dalam sekeping gambar yang tular dalam media sosial hari ini.


Sehubungan itu, AAT menasihati orang ramai untuk menghentikan trend memasak lemang dengan menggunakan periuk kera berkenaan kerana tumbuhan itu didakwa `kotor’.


AAT turut mengingatkan bahawa periuk kera kini semakin terancam dan perlu dipelihara semula.


“Jangan memakan najis, hentikan mencuri periuk kera. Sayangi tumbuhan eksotik kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini