100 penduduk Kampung Sungai Sireh Tambahan terima sumbangan Aidilfitri - Utusan Malaysia

100 penduduk Kampung Sungai Sireh Tambahan terima sumbangan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Golongan kurang berkemampuan di Kampung Sungai Sireh Tambahan, di sini terus mendapat perhatian dan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya menyampaikan sumbangan serta bantuan kepda 100 penduduk di kampung berkenaan meliputi Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah, asnaf fakir miskin dan anak-anak yatim.

“Sumbangan yang kita sampaikan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat lebih-lebih lagi menjelang hari raya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kampung Sungai Sireh Tambahan ini sebenarnya amat dekat dengan saya. Saya merupakan antara orang terawal membuka, menyusun dan tinggal di kampung ini termasuklah membangunkan Surau Al-Falah yang mampu dimanfaatkan oleh para penduduk,” katanya di sini hari ini.

Tambah Abu Bakar, antara sumbangan yang diberikan kepada penduduk terlibat meliputi barang makanan, pakaian serta sedikit bantuan kewangan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Surau Al-Falah, Ahmad Ismail dan barisan ahli jawatankuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini