1,049 polis bertugas di Selangor sepanjang Ops Selamat - Utusan Malaysia

1,049 polis bertugas di Selangor sepanjang Ops Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seramai 1,049 polis trafik membabitkan 104 pegawai dan 945 anggota akan ditugaskan sepanjang Op Selamat ke-15 selama dua minggu yang bermula 29 Mei lalu hingga 12 Jun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya telah mengenal pasti 40 kawasan blackspot yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negeri Selangor.

“Daripada 40 jumlah itu, sebanyak enam lokasi akan difokuskan iaitu di Jalan Klang-Teluk Intan, Kilometer (KM) 45 Jalan Panchang Bedena, Sabak Bernam dan Jalan Klang Teluk-Intan, Kuala Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lokasi tersebut termasuk Persiaran Jubli Perak, Shah Alam; Jalan Meru, Klang Utara; Jalan Klang-Banting, Kuala Langat dan KM40 – KM79 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, Hulu Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat ke-15 sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Selangor di Plaza Tol Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Azam berkata, sebanyak 1,096 kemalangan jalan raya dilaporkan sepanjang dua hari Ops Selamat itu berlangsung dengan kebanyakan membabitkan kemalangan motosikal.

“Daripada jumlah itu, tujuh kes adalah kemalangan maut manakala tujuh lagi melibatkan kematian.

“Selain itu, sebanyak 7,262 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik antaranya menggunakan telefon bimbit ketika memandu, melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini