[VIDEO] Pemilik kereta ganggu tugas penguat kuasa - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pemilik kereta ganggu tugas penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Tular di media sosial sejak semalam, seorang pemilik kereta menganggu tugas anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengambil menunda keretanya yang dipercayai diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @blackmerz101 itu, lelaki tersebut cuba merayu daripada anggota penguat kuasa supaya kenderaannya tidak diambil tindakan namun tidak diendahkan.

Keadaan kemudiannya dilihat tegang apabila lelaki tersebut mula membuat provokasi dan cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemudian berlakunya tolak-menolak dan pergelutan di antara lelaki tersebut dengan salah seorang anggota penguat kuasa yang bertugas namun dapat dileraikan oleh seorang anggota penguat kuasa yang lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini