Tanggungjawab saya tidak pernah habis - Utusan Malaysia

Tanggungjawab saya tidak pernah habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai guru vokal, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat, 46, mengaku dirinya sentiasa bertanggungjawab terhadap para pelajarnya meskipun mereka sudah tamat sesi pengajian. Baginya, hubungan yang terjalin tidak pernah putus.

Begitu juga dengan tanggungjawab mendidik dua orang protegenya dalam program Mentor 7 iaitu Lazarul dan Ranisha.

Walaupun program tersebut sudah tamat pada akhir tahun lalu, Syafinaz tetap memikul tanggungjawab untuk memastikan mereka mencapai impian mahu menjadi penyanyi profesional.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanggungjawab saya tidak pernah habis. Walaupun mereka secara rasminya hanya menjadi protégé atau anak didik saya dalam program Mentor, hakikatnya saya tetap cuba membantu mereka selama mana yang boleh. Saya tidak melepaskan mereka begitu sahaja, malah sentiasa membuka jalan.

“Antara platform yang saya berikan adalah mengajak mereka berkolaborasi bersama saya dalam lagu hari raya berjudul RahmatNya yang baru sahaja dilancarkan. Saya harap lagu ini menjadi langkah awal mereka untuk terus berada dalam industri nyanyian yang banyak cabarannya,” luah Syafinaz.

SYAFINAZ

Syafinaz mengakui yang mereka merakamkan lagu tersebut pada saat-saat akhir kerana terlalu sibuk dengan kerja. Beliau menganggap itu adalah ‘rezeki’ mereka bersama yang boleh dijadikan kenangan pada masa akan datang.

“Saya bersyukur, walaupun lagu ini dirakamkan pada awal Ramadan, proses menyiapkan lagu ini berjalan lancar. Walaupun Ranisha jauh dari Labuan dan Lazarul sibuk dengan bisnesnya di bazar Ramadan, semuanya dipermudahkan.

“Dengan pengalaman mereka dalam muzik sebelum menyertai Mentor, ia memudahkan proses rakaman yang mengambil masa hanya sehari. Sebelum itu, mereka gigih membuat persediaan dan ia ternyata memuaskan.

“Saya memilih lagu raya untuk dirakamkan kerana ia tidak akan basi dan boleh dimainkan setiap kali menjelang Syawal. Tambahan pula, lagu RahmatNya agak istimewa kerana ini adalah kali pertama saya merakamkan lagu raya setelah 30 tahun aktif sebagai penyanyi.

“RahmatNya mengisahkan kekhilafan kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dengan nikmat yang Allah berikan. Jadi, sempena hari raya ini kita wajib bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berhari raya dan menikmati kehidupan di dunia,” katanya yang tidak sabar menyambut Aidilfitri bersama 100 ahli keluarga di Batu Pahat, Johor.

Bosan ditanya soal jodoh

Setiap kali hari raya, soalan bila nak kahwin seolah-olah menjadi ‘kewajipan’ kepada mereka yang belum berumahtangga. Syafinaz juga tidak terlepas daripada soalan tersebut.

“Sejujurnya saya bosan apabila sering ditanyakan soalan kahwin. Tak ada soalan lain ke? Bagi saya, kalau tidak ada jodoh di dunia, pasti saya akan bertemunya di syurga. Kalau jodoh tu ada saya terima, kalau tiada saya reda.

“Saya tidak pernah rasa sunyi tanpa insan bergelar suami. Saya cukup bahagia memiliki ahli keluarga yang ramai. Saya sendiri mem–punyai 11 orang adik-beradik, 32 anak saudara dan 36 cucu saudara. Jadi, tidak pernah timbul rasa sunyi,” kata–nya. Lazarul atau nama sebe–narnya Lazarul Afiezy Zakaria, 29 dan Ranisha atau Farranisha Shazwany Mohd. Faizul, 10. meluahkan rasa bertuah mereka kerana diberi peluang merakamkan lagu RahmatNya bersama Syafinaz.

Kedua-duanya merasakan peluang tersebut sebagai satu perkara yang tidak harus dilepaskan sementelah mereka sendiri adalah protege guru vokal itu. Malah, dengan kerjasama tersebut Lazarul dan Ranisha berharap dapat menjadi platform untuk mengembangkan kerjaya masing-masing dalam bidang seni suara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini