Sesi 'town hall' Menteri Kesihatan bersama pengamal perubatan 11 Jun - Utusan Malaysia

Sesi ‘town hall’ Menteri Kesihatan bersama pengamal perubatan 11 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Mei – Sesi ‘town hall’ Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersama pengamal perubatan am swasta berjaya menarik penyertaan 1,153 dari seluruh negara.

Menurut Dr. Dzulkefly, sesi tersebut dijadual diadakan pada 11 Jun depan di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Presint 10, dekat sini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa ramai pengamal perubatan am swasta lain yang berminat tetapi tidak dapat hadir pada hari tersebut atau gagal mengemukakan pendaftaran dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu pada 20 hingga 27 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, bagi manfaat semua, kementerian bercadang untuk menyiarkan sesi ini secara langsung melalui portal Facebook rasmi kementerian.

“Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa Majlis Perubatan Malaysia akan membuka kaunter pembaharuan sijil amalan tahunan di luar dewan, sebelum sesi ‘town hall’ tersebut

bermula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dr. Dzulkefly, maklumat lanjut berkenaan program tu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Saya beharap penganjuran sesi seperti ini akan berjaya mencapai matlamatnya, selaras dengan visi saya untuk memperkukuhkan kerjasama awam-swasta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini