SPRM panggil Zahid, Hishammuddin selepas hari raya - Utusan Malaysia

SPRM panggil Zahid, Hishammuddin selepas hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan akan memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas Hari Raya Aidilfitri bagi membantu siasatan berhubung perjanjian pertukaran tanah (land swap) Kementerian Pertahanan.

Memetik laporan portal Malaysiakini hari ini, perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan perkembangan kes berkenaan.

Sumber itu dilaporkan berkata, penyiasat SPRM ketika ini memerlukan masa untuk merakamkan keterangan daripada beberapa individu terlebih dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“SPRM belum ambil keterangan mereka. Pegawai penyiasat (ketika ini) perlu ambil keterangan daripada orang lain dulu. Lepas raya (baru akan panggil),” kata sumber itu yang merupakan pegawai kanan namun enggan mendedahkan namanya.

Menurut Malaysiakini lagi, difahamkan bahawa Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan akan dipanggil terlebih dahulu sebelum Hishammuddin.

Pada awal bulan ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memberitahu media bahawa beliau tidak menolak kemungkinan memanggil bekas menteri terbabit untuk membantu siasatan mengenai isu tersebut.

Siasatan berkenaan dilancarkan selepas audit Kementerian Pertahanan mendapati terdapat penglibatan bekas Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dalam urusan pertukaran tanah melibatkan kementerian itu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika pembentangan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengenai land swap Kementerian Pertahanan itu di Dewan Negara pada 9 Mei lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini