Neymar kini bukan kapten Brazil - Utusan Malaysia

Neymar kini bukan kapten Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Mei – Prestasi yang kurang meyakinkan pada musim ini mungkin menjadi salah satu faktor Neymar terpaksa menyerahkan lilitan kapten Brazil kepada Dani Alves bagi aksi kempen Copa Amerika pada bulan depan.

Bekas penyerang Barcelona itu berdepan musim menghampakan pada tahun ini yang turut menyaksikan jurulatih, Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, turut meminggirkan pemain berkenaan daripada tugasan kapten.

Neymar berdepan penggantungan tiga perlawanan gara-gara menyerang penyokong pasukan lawan ketika tewas kepada Rennes dalam final Coupe de France, bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berusia 27 tahun itu turut terbeban dengan harapan tinggi yang diletakkan di bahunya ketika Selecao kandas dalam suku akhir Piala Dunia tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) memaklumkan perkara tersebut namun tidak menjelaskan punca utama Neymar tidak dipilih sebagai kapten pasukan.

“Keputusan itu telah dimaklumkan kepada Neymar oleh ketua jurulatih, Tite pada hari Sabtu,” kata kenyataan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini