Perginya sejarawan, penggubal Rukun Negara - Utusan Malaysia

Perginya sejarawan, penggubal Rukun Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Mei – Pendirian sejarawan dan ahli akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dalam mempertahankan sesuatu isu berdasarkan fakta sejarah akan terus dikenang dan dihormati rakyat Malaysia.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Johor, Azmir Zainal berkata, ketegasan beliau dalam memperjuangkan kebenaran amat disegani kawan dan lawan.

“Beliau yang merupakan ahli akademik dari Universiti Malaya merupakan insan penting bagi membongkar sejarah-sejarah negara tanpa berselindung. Kenyataannya tegas dan dihormati kawan dan lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sememangnya hari ini negara telah kehilangan seorang permata yang berharga dalam bidang Sejarah negara. Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang dari Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor dan bangsa Johor keseluruhannya. Semoga sabar menerima pemergiaan ini.

“Terima kasih atas sumbangan dan jasa-jasa yang disumbangkan Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mendiang yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Azmir berkata, Khay Kim merupakan antara tokoh yang membantu menggubal Rukun Negara merupakan individu yang sangat dihormati kepakarannya dalam bidang sejarah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini