Empat ahli Parlimen Catalonia digantung - Utusan Malaysia

Empat ahli Parlimen Catalonia digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 24 Mei – Parlimen Sepanyol menggantung empat ahli Parlimen Catalonia yang dilantik ketika masih dalam tahanan dan perbicaraan berhubung peranan mereka sewaktu cubaan pemisahan wilayah terbabit pada 2017.

Langkah berkenaan dijangka memberi kesan kepada Pemangku Perdana Menteri, Pedro Sanchez yang memerlukan majoriti dalam Kongres untuk penggal kedua.

Parti Sosialis pimpinan Sanchez mengungguli pilihan raya umum bulan lalu namun gagal untuk meraih majoriti di Parlimen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keempat-empat mereka didakwa atas tindakan pemberontakan kerana menganjurkan referendum kemerdekaan Catalonia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini