Punca kebakaran diumumkan dalam waktu terdekat - Utusan Malaysia

Punca kebakaran diumumkan dalam waktu terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Keputusan hasil siasatan forensik mengenai punca kebakaran 25 buah gerai di Jalan Melayu, Masjid India berdekatan Wisma Yakin, di sini telah lengkap dan akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Kuala Lumpur, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) I, Ashari Johari berkata, punca dan sumber nyalaan kebakaran yang didakwa bermula dari tengah kawasan bazar itu ada di dalam kertas keputusan siasatan tersebut.

Namun menurutnya, pihaknya tidak dapat mendedahkan lagi perkara itu sehingga dapatan keputusan di dalam kertas siasatan dibentangkan kepada pengurusan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas mendengar pembentangan, pihak pengurusan JBPM akan memberi penerangan kepada pihak majlis eksekutif pentadbiran kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan jabatan berkaitan.

“Selepas itu barulah keputusan siasatan akan diumumkan oleh pengurusan tertinggi JBPM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul pagi Isnin lalu, sebanyak 25 peniaga berputih mata apabila gerai mereka di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India musnah dalam kebakaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini