Trak Tani Wilayahku tawar barangan 20 peratus lebih rendah - Utusan Malaysia

Trak Tani Wilayahku tawar barangan 20 peratus lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Trak Tani Wilayahku akan berada di lokasi terpilih di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, sayur dan buah-buahan pada harga  20 peratus rendah daripada pasaran.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang melancarkan program berkenaan di sini hari ini berkata, Trak Tani Wilayahku yang berkonsepkan dekat, murah dan segar adalah usaha untuk membawa produk pertanian usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kepada pengguna.

“Terdapat lebih 100 trak yang akan bergerak secara bergilir mengikut jadual,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trak Tani Wilayahku akan beroperasi di Putrajaya antara 4.00 petang dan 6.00 petang pada setiap Isnin di Perbadanan Putrajaya dan Parcel E, setiap Rabu di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Parcel C  dan setiap Khamis di Dataran Gemilang.

Lokasi di Kuala Lumpur ialah di kawasan Program Perumahan Rakyat dan jadualnya akan diumumkan kelak, katanya.

Antara ciri Trak Tani Wilayahku ialah lokasi asal produk yang dijual akan dipaparkan kepada pengguna iaitu seperti sayur-sayuran dari Cameron Highlands atau buah-buahan dari Perak.

Trak Tani Wilayahku turut mempunyai segmen ‘happy hour’ di mana harga akan dijual lebih rendah untuk waktu tertentu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini