SRINAGAR 24 Mei – Pasukan keselamatan India di pentadbiran Kashmir membunuh seorang militan tertinggi yang berikrar kesetiaan kepada Al-Qaeda.
Kematian Zakir Musa tesebut digambarkan sebagai pukulan besar kepada kekuatan militan di sana.
Berita kematian itu tersebar pada malam tadi dengan ratusan pemprotes membanjiri jalanan dan pertempuran dengan pasukan keselamatan di beberapa kawasan termasuk Srinagar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pihak berkuasa juga memotong perkhidmatan selular internet di sepanjang Lembah Kashmir dan membuat perintah berkurung di kebanyakan kawasan bagi menghalang protes merebak. – AFP











