Bekalan air di sekitar Rawang pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Bekalan air di sekitar Rawang pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei- Kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air ekoran kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pengepamam pecah berdekatan Sungai Garing, Rawang pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan itu berjaya disiapkan pada pukul 2 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara kawasan yang terjejas adalah Anggun, Kuang, seluruh Batu Arang, Bandar Baru Kundang, Kundang, seluruh Garing, Bandar Tasik Puteri, M-Residensi, Tasik Biru Kundang, Bayu Permai, Puteri Height dan Taman Kuang Raya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang terlibat di atas kerjasama sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk sebarang maklumat, orang ramai boleh layari laman web www. syabas.com.my atau Facebook ‘Air Selangor’.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini