Syarikat penerbangan perlu pamer harga muktamad tambang - Utusan Malaysia

Syarikat penerbangan perlu pamer harga muktamad tambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Syarikat penerbangan kini dikehendaki mempamerkan harga muktamad tambang penerbangan bagi tujuan pengiklanan dan juga sewaktu pembelian tiket.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ia susulan pindaan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Katanya, harga muktamad hendaklah merangkumi tambang asas termasuk semua caj yang perlu dibayar kepada syarikat penerbangan, cukai dan fi yang dikenakan oleh kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, ia juga termasuk fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang bertulis serta surcaj bahan api.

“Berkuat kuasa 1 Jun 2019, pembayaran balik tiket penerbangan perlu diremit kepada pengguna penerbangan dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan bayaran balik tersebut.

“Ini terpakai bagi tiket penerbangan yang dibeli melalui ejen pelancongan, yang mana syarikat penerbangan perlu membuat bayaran balik kepada ejen tersebut dalam jangka masa yang sama,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran aplikasi mudah alih FlySmart di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Mavcom, Dr. Nungsari Ahmad Radhi.

Dalam perkembangan lain, Mavcom yang sedang mengkaji semula caj perkhidmatan penumpang (PSC) akan mengumumkan keputusannya pada Oktober 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini