Pas yakin ahli tidak terlibat kes bakar kereta mufti - Utusan Malaysia

Pas yakin ahli tidak terlibat kes bakar kereta mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Mei – Pas yakin ahlinya tidak terlibat dalam insiden membakar kereta rasmi milik Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya di Jelempok, Aray pada 22 Mac lalu .

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan bahawa ahli parti tersebut terlibat dalam kes itu sewajarnya tidak timbul kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis.

“Parti kita memang menjaga peraturan dan disiplin. Pas tegas bahawa kita tidak mahu mana-mana ahli kita terlibat dalam perkara yang bertentangan dengan undang-undang tetapi yang jelas dalam isu kebakaran kereta mufti ia masih dalam siasatan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuma digambarkan orang itu dan orang ini dan perkara itu masih dalam siasatan. Saya terima kasih kepada polis yang keluarkan kenyataan supaya masing-masing termasuk Asri sendiri tidak buat sebarang kenyataan, kerana takut jadi bias.

“Dan Pas kita terbuka, kita tidak pernah arah ahli supaya buat perkara yang bercanggah dengan undang-undang dan kita harapkan siasatan ini dapat bersihkan pertuduhan tersebut dan yakin ahli kita tidak terlibat,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Badar al-Kubra di Madinah Ramadan di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan reman tiga anggota JAM bagi membantu siasatan kes tersebut kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini