Meneruskan tradisi bufet Ramadan sejak lima tahun lalu, Kafe Cerita Kambing kembali lagi dengan pelbagai menu Iftar Ramadan 2019, istimewa menu kambing salai dengan sos lada hitam home made.
Kafe yang terletak di Delisha Wedding House, Anjung 7 (belakang Unisel) di Seksyen 7, Shah Alam itu sering mencuri tumpuan dengan menu istimewanya, nasi arab dan nasi beriani.
Menu kambing panggang cukup istimewa dan lebih enak kerana diperap dengan rempah-ratus dan disalai bagi menghasilkan aroma menyelerakan. Selain itu, nasi beraini pula dimakan bersama ayam masak merah, dalca dan acar timun. Menu lain pula adalah gulai kawah dan daging kurma.
Dalam pada itu, hidangan laksa Johor yang enak dengan ulam kacang panjang, taugeh, timun, daun kesum ditambah kuah campuran ikan yang pekat dengan rempah ratus dan sambal belacan sangat menyelerakan.
Menurut pemilik Kafe, Noraziah Dahari, kafe itu mewarisi resipi nasi beriani istimewa dari Endau, Johor dan hanya memilih ramuan berkualiti dan beras basmathi.
Nasi putih dan masakan kampung juga ada dan bertukar menu setiap hari. Antara hidangan lain adalah masak lemak nenas ikan masin,ikan celup tepung, sup kaki ayam dan kerabu. Untuk kanak-kanak, kami sediakan sup cendawan, sosej, nugget dan bubur nasi.
“Menu ubi kayu rebus, laksa Johor, soto tulang kambing dan kuih muih Melayu turut disajikan.
Kemudahan surau lelaki dan wanita juga tersedia dan Kafe Cerita Kambing turut mengambil tempahan sempena hari raya, khusus untuk jamuan rumah terbuka,” katanya dalam kenyataan.
Sempena Ramadan tahun ini, pakej berbuka puasa yang ditawarkan berharga RM39.90 untuk dewasa dan RM20.00 (7 hingga 12 tahun), manakala warga emas RM25 (55 tahun ke atas). Untuk tempahan, hubungi 019-2816308 (Kak Yan) atau
010-7898798 (Zamri).











