JAKARTA 24 Mei – Calon Presiden (Calpres) Prabowo Subianto akan menjadi orang paling bertanggungjawab terhadap penyokongnya jika mereka kembali melakukan demonstrasi yang akhirnya berlaku rusuhan seperti kelmarin.
CNN Indonesia melaporkan, Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Wiranto berkata, bagaimanapun beliau menghargai seruan dibuat Prabowo agar penyokongnya menjauhkan daripada kekerasan sebaliknya mengikut perlembagaan.
“Kita lihat nanti kalau seandainya masih ada niat penyokong dan pengikutnya untuk melakukan aksi-aksi yang anarki seperti kemarin itu, paling bertanggungjawab untuk menghentikan hanya sang pemimpin, Pak Prabowo sendiri.
“Kalau itu dilakukan, saya hormat betul kepada beliau,” jelasnya ketika berbincang dengan beberapa orang di kediamannya pagi tadi.











