KUPANG 24 Mei – Pakar politik dari Universiti Nusa Cendana di sini, Dr. Johanes Tuba Helan menasihatkan supaya Prabowo Subianto dan Sandiada Uno menerima keputusan pilihan raya umum 2019 (pemilu) yang diumumkan sebelum ini.
Antara News melaporkan, kedua-dua calon itu perlu menerima keputusan yang diumumkan sekiranya mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk mencabar keputusan di Mahkamah Perlembagaan.
“Daripada kalah kali kedua di mahkamah, adalah lebih baik jika mereka menerima keputusan yang sudah ditetapkan dan belajar menerima kekalahan,” katanya. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











