LONDON 24 Mei – Pemain tengah Arsenal, Shkodran Mustafi mendedahkan mereka mempunyai misi istimewa dalam saingan akhir Liga Europa iaitu meraih kemenangan sebagai hadiah kepada rakan sepasukan mereka Henrikh Mkhitaryan.
Mkhitaryan tidak dapat turut serta dalam saingan akhir pada Khamis depan di Baku, Azerbaijian berikutan bimbang dengan keselamatannya akibat daripada ketegangan politik di antara Armenia dan tuan rumah.
“Ia sesuatu yang amat menyedihkan buat dia apabila tidak berada di sana tambahan pula Mkhitaryan telah memainkan peranan penting dalam perjalanan kami ke pentas akhir Liga Europa.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tumpuan kami kini hanya satu iaitu mendapatkan kemenangan untuk Mkhitaryan yang tidak dapat bersama kami,” kata Mustafi. – AGENSI











