[VIDEO]Terminal Bersepadu Gombak runtuh: Sepasang suami isteri dipercayai terperangkap - Utusan Malaysia

[VIDEO]Terminal Bersepadu Gombak runtuh: Sepasang suami isteri dipercayai terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei- Sepasang lagi suami isteri warga Indonesia dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan Terminal Bersepadu Gombak di Taman Melati di sini sebentar tadi.

 

Difahamkan kehilangan pasangan yang juga pekerja binaan itu disedari penyelia apabila mereka gagal melaporkan diri selepas kejadian pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan tersebut dipercayai kali terakhir dilihat malam sebelum kejadian dan sehingga kini usaha mengesan serta menghubungi mereka gagal.

Sementara itu, seorang daripada tiga mangsa iaitu lelaki warga Bangladesh yang terperangkap dalam kejadian itu berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa kini dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati pihak polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengumpul maklumat berhubung pasangan itu.

 

 

Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM tiba kira-kira pukul 12.20 tengah hari serta operasi mencari dan menyelamat akan dijalankan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini