15 minit edar 2,000 pek bubur lambuk, nasi lemak - Utusan Malaysia

15 minit edar 2,000 pek bubur lambuk, nasi lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 22 Mei – Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk dan nasi lemak habis diedarkan kepada orang ramai tidak sampai 15 minit di pekarangan kedai serbaneka My Station Convenience Shop, Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Program agihan ini dilakukan oleh Kelab Usahawan Bandar Meru Raya dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun.

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, pihaknya tidak menjangka orang ramai datang lebih awal dan beratur panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya program hari ini bermula pukul 4 petang tetapi sudah ramai orang mula berkumpul iaitu sekitar pukul 3.30 petang lagi.

“Oleh kerana tidak mahu mereka yang telah beratur menunggu lama maka kami terus sahaja mengedarkan pek-pek makanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Nizam, program tersebut pertama kali diadakan oleh pihaknya sebagai satu inisiatif kebajikan bagi meraikan Ramadan.

Katanya, sambutan daripada orangramai juga adalah di luar jangkaan kerana ia hanya dimaklumkan melalui laman media sosial.

“Bagi menjayakan program ini kita menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun.

“Melihat sambutan baik ini kita berhasrat untuk melakukan lagi pada masa hadapan selain mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini