JAKARTA 22 Mei – Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto memaklumkan bahawa kerajaan sudah mengenal pasti dalang yang mencetuskan rusuhan ganas di sekitar Jakarta.
Kata Wiranto, kementeriannya melihat ada pihak yang sengaja mencetuskan kekecohan dengan menjadikan keputusan pilihan raya umum sebagai faktor utama.
Selain itu, jelas beliau, ada juga ahli-hali politik yang menyalahkan pasukan keselamatan atas kematian sejumlah penunjuk perasaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya lihat ada pihak yang cuba mencetuskan rasa benci terhadap pentadbiran Indonesia ketika ini.
“Kami sudah tahu dalang yang terlibat dan semua pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas,” katanya. – AGENSI











