Bakar kereta mufti Perlis: Pas Perlis minta jangan buat andaian melulu - Utusan Malaysia

Bakar kereta mufti Perlis: Pas Perlis minta jangan buat andaian melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 22 Mei- Pas negeri meminta orang ramai tidak membuat andaian melulu mengenai penahanan Pengarah Jabatan Amal negeri yang didakwa terlibat dalam kes bakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, pada Mac lalu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau juga menafikan bahawa Pas terlibat dan menyokong dengan perbuatan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biar polis jalankan siasatan dan jangan kita membuat andaian melulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Amal negeri dan seorang lagi anggota jabatan berkenaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes bakar kereta Mohd. Asri.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki yang disyaki bertanggungjawab membakar kereta Mohd. Asri di sebuah rumah di Kampung Jelempok, Arau dekat sini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat membakar kereta Mohd. Asri bersama seorang lagi lelaki setelah diupah dengan bayaran RM500.

Katanya, sehubungan itu, polis memburu suspek tersebut dikenali sebagai Mee Tomoi dan individu yang mengupah kedua-dua mereka.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini