BPN gesa siasat anggota keselamatan guna peluru hidup - Utusan Malaysia

BPN gesa siasat anggota keselamatan guna peluru hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Mei – Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno menggesa supaya kes kematian melibatkan penunjuk perasaan disiasat dengan teliti.

Antara News memetik jurucakap BPN, Fadli Zon berkata, perkara itu digesa selepas beliau dimaklumkan terdapat kemungkinan penggunaan peluru hidup bagi meredakan rusuhan yang berlaku sehingga terkena penunjuk perasaan.

“Bagi memastikan semua maklumat yang diperoleh adalah benar dan seimbang, perlu ada siasatan teliti bagi mengenal pasti sama ada benar atau sebaliknya semua mangsa maut kerana ditembak dengan peluru hidup,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Fadli, anggota keselamatan seharusnya tidak perlu menggunakan peluru hidup bagi meredakan rusuhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini