Hishammuddin ucap takziah - Utusan Malaysia

Hishammuddin ucap takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah!” katanya seperti yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Pagi tadi, Hishammuddin antara yang mengiringi jenazah almarhum Sultan Ahmad Shah dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini ke Istana Negara. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini