TUDM sembah ucapan takziah kemangkatan Sultan Ahmad Shah - Utusan Malaysia

TUDM sembah ucapan takziah kemangkatan Sultan Ahmad Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merafak sembah ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah awal pagi tadi.

Ucapan takziah tersebut dizahirkan dalam laman sosial Twitter angkatan itu.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi,” tulis angkatan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Almarhum Sultan Ahmad Shah merupakan Kolonel Yang Dipertua TUDM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini