Polis lepaskan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan bantah keputusan pilihan raya Indonesia - Utusan Malaysia

Polis lepaskan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan bantah keputusan pilihan raya Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Mei – Polis Indonesia melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan perhimpunan membantah keputusan pilihan raya umum negara itu selepas calon nombor satu Presiden, Joko Widodo atau Jokowi diisytiharkan menang, semalam.

Lapor Channel News Asia, Komisi Pemilihan Umum (KPU) membuat pengumuman mengejut keputusan pilihan raya pagi semalam, iaitu sehari lebih awal daripada tarikh sepatutnya bagi mengelakkan kekacauan.

Jokowi diumumkan menang dengan 55.5 peratus undi berbanding pesaingnya, Prabowo Subianto yang hanya memperolehi 44.5 peratus undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai 85.6 juta penduduk daripada 154 juta pengundi berdaftar memilih Jokowi bagi mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini