Angkasa sumbang komputer kepada SMK Kelana Jaya - Utusan Malaysia

Angkasa sumbang komputer kepada SMK Kelana Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMBANGAN. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) menyumbangkan sebanyak lima unit komputer kepada koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelana Jaya baru-baru ini.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bertujuan memperkasakan kemahiran pelajar menjadi usahawan cilik menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.

“Sumbangan ini dapat meningkatkan mutu dan prestasi kerja para pelajar serta guru dalam menguruskan koperasi terutamanya memudahkan urusan mereka daripada segi menyimpan rekod-rekod koperasi tanpa perlu menggunakan buku,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir, Pengetua SMK Kelana Jaya, Jamaluddin Haron dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Haizal Ayop.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini