[VIDEO] Kereta tersangkut palang tol - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kereta tersangkut palang tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Gara-gara terleka dan tidak menekan brek ketika memandu sambil melepasi Plaza Tol Sungai Dua di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kepala Batas di sini, sebuah kereta tersangkut pada palang tol tersebut semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, kereta jenis Toyota Vios berkenaan dikatakan dipandu oleh seorang lelaki berusia 26 tahun.

Pemandu itu dipercayai tidak berhenti biarpun palang tersebut belum terangkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan selepas menyedari dia telah melanggar palang, pemandu itu telah mengundurkan keretanya, namun palang berkenaan tersangkut menerusi tingkap pemandu.

Sumber berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaaan.

“Pemandu itu dipercayai terleka ketika memandu dan tidak sempat membrek, namun saman dikeluarkan terhadapnya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini