Dynas Mokhtar selamat lahirkan anak ketiga - Utusan Malaysia

Dynas Mokhtar selamat lahirkan anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Dynas Mokhtar semalam berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak ketiganya pada pagi Jumaat lepas.

Bayi lelaki itu merupakan hasil perkahwinan keduanya bersamanya Muhammad Syazrik Che Mohd. Din. 

“Ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, masya-Allah seorang bayi lelaki untuk kami. Kami sihat,” tulisnya menerusi satu perkongsian menerusi Instagram. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi perkongsian gembira itu, Dynas memuat naik sekeping gambar memaparkan tangannya bersama suami serta bayi mereka. 

Dynas dan Syazrik mendirikan rumah tangga pada 21 April tahun lalu. 

Sebelum ini menerusi perkahwinan pertamanya, pelakon berusia 36 tahun itu menimang dua cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini