Ifa Raziah ‘belajar-belajar’ pakai tudung - Utusan Malaysia

Ifa Raziah ‘belajar-belajar’ pakai tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kalau nak keluar rumah, bertudung terus rasa sempurna, rasa lengkap. Demikian luah selebriti versatil, Ifa Raziah tentang penampilan terbaharunya kini yang tampil berhijab.

Menurut Ifa , 43, dia mula mengenakan tudung sejak seminggu sebelum Ramadan.

“Sebenarnya saya masih belajar dan tidak berani untuk berjanji akan kekal dengan penampilan begini sehingga selepas raya. Saya cuma ambil berkat  Ramadan. Doa yang baik-baik,” jelas Ifa yang ditemui semasa siaran langsung program Selamat Malam Malaysia di Angkasapuri, malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya tentang kontroversi beberapa selebriti berhijab yang kembali membuka tudung kerana mahu menjadi diri, Ifa mengambil situasi tersebut sebagai iktibar untuk muhasabah bersama.

“Saya cuba dahulu untuk sebulan ini, mana tahu Tuhan bukakan hati,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ifa yang juga penganjur Star Vendors Mega Raya Fest 2019 kini dalam persiapan terakhir untuk melancarkan karnival raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada 24 Mei nanti.

Festival fesyen dan raya selama 72 jam tanpa henti tersebut disertai 454 vendor termasuk 66 selebriti usahawan popular  antaranya, Anuar Zain, Ziana Zain, Mira Filzah, Janna Nick, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rosyam, Erra Fazira, Datuk Awie, Fattah Amin, Fazura serta ramai lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini