Google halang Huawei guna perisian Android - Utusan Malaysia

Google halang Huawei guna perisian Android

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 20 Mei – Huawei diumumkan disekat daripada menggunakan perisian Android oleh Google, serta-merta.

BBC melaporkan, Google menggantungkan perniagaan dengan syarikat pengeluar telekomunikasi gergasi China itu terutamanya yang melibatkan pemindahan produk perkakasan dan perisian.

Walau bagaimanapun, pergantungan ini tidak termasuk perisian Google yang dibangunkan dengan sumber terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini bermakna, Huawei masih boleh menggunakan Android tetapi beberapa perkhidmatan daripada Google termasuk Google Play, Gmail, YouTube, Maps dan kesemua aplikasi yang bergantung kepada Google Play tidak boleh diakses lagi.

Huawei ketika dihubungi BBC bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung sekatan itu.

Difahamkan sekatan itu ada berkait dengan perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China selepas Presiden AS, Donald Trump meletakkan Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan negara mereka, minggu lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini