RIO DE JANEIRO 20 Mei – Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam wanita terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di sebuah bar di bandar Belem, utara Brazil, semalam.
AFP yang memetik jurucakap Jabatan Keselamatan Awam di utara Para sebagai berkata, dalam kejadian itu tujuh lelaki bersenjatakan pistol yang tiba menaiki sebuah motosikal dan tiga buah kereta melulu masuk ke dalam bar tersebut sebelum melepaskan tembakan secara rambang.
Menurut laporan laman web G1, seorang daripada penembak itu dikatakan cedera dan kini berada dalam tahanan polis.
Memuatkan artikel berkaitan…
-AFP











