39 rakyat Malaysia di Syria rayu dibawa pulang - Utusan Malaysia

39 rakyat Malaysia di Syria rayu dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Sebanyak 39 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria berhubung dengan pihak berkuasa untuk pulang ke negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  berkata, mereka terdiri daripada 10 lelaki, 11 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

“Yang terbaharu adalah pada awal Ramadan, ada yang berhubung terus dengan kita dan ada juga yang berhubung dengan keluarga masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya jumlah itu akan meningkat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Iftar Ramadan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8) bersama bekas tahanan militan di Hotel Seri Pacific di sini semalam.

Menurut Ayob Khan, urusan membawa pulang mereka membabitkan dasar dan kerajaan yang akan membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.

“Buat masa ini, mereka dikenalpasti berada di tiga lokasi berbeza di Syria iaitu di Kem Al Houl, Penjara Al Hasakah dan Idlib.

Pada Oktober tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membawa pulang seorang wanita Malaysia bersama dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan yang terkandas di Syria selepas suaminya yang juga anggota kumpulan Daesh terbunuh dalam pertempuran.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, sebanyak 122 bekas tahanan diraikan pada majlis tersebut.

Katanya, program tersebut wujud sejak 2003 bagi mengumpulkan bekas-bekas tahanan di seluruh negara.

“Program ini dianjurkan bukan semata-mata untuk polis berjumpa bekas tahanan, tetapi ia juga bagi menyelami apa-apa masalah yang dihadapi mereka dan membantu dalam soal kebajikan di samping memberi peluang mereka beramah mesra dengan lain-lain bekas tahanan serta pegawai bahagian E8.

“Ini adalah inisiatif dijalankan PDRM bagi memastikan mereka (bekas tahanan) tidak merasa ditinggalkan seterusnya menjadi penyebab untuk mereka terjerumus dalam aktiviti militan itu semula,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini