Rashford, De Gea buat United bimbang - Utusan Malaysia

Rashford, De Gea buat United bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 18 Mei- Pemain muda England, Marcus Rashford difahamkan sengaja melengahkan perbincangan mengenai kontrak baharu apabila bimbang mengenai kemajuan Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Penyerang United itu kini sedang melihat kesungguhan United untuk terus berada di depan musim panas ini sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya walaupun kelab tersebut berharap dapat mengikat kontrak dengan pemain berkenaan.

Bagaimanapun menurut The Sun, Rashford, 22, memberitahu kelab dia tidak mahu berbincang kerana tidak yakin dengan keupayaan Solskjaer sejak beberapa bulan lalu selepas United gagal ke kelompok empat teratas liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solskjaer dijangka akan membuat perubahan besar bulan depan ketika dia mahu membuang pemain yang tidak berkesan dan membinanya kembali dengan menggunakan pemain muda.

Rashford dilihat menjadi kunci utama perancangan Solskjaer namun United ketika ini berdepan risiko mengalami situasi bermasalah dengan David de Gea yang juga masih belum berbincang mengenai kontraknya.

Penjaga gol Sepanyol itu hanya memiliki baki kontrak setahun dan Paris Saint-Germain dijangka akan meningkatkan tekanan terhadap United supaya menjualnya dengan mengemukakan tawaran musim panas ini.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini