Waspada! cacar monyet - Utusan Malaysia

Waspada! cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Mei lalu, seorang warga Nigeria berusia 38 tahun dikesan positif menghidapi jangkitan cacar monyet di Singapura. Ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura sebagai yang pertama dilaporkan di negara itu. Pesakit yang disyaki mendapat jangkitan setelah makan daging haiwan liar di Nigeria kini dalam keadaan stabil dalam wad berasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Lebih membimbangkan, virus cacar monyet kini dikatakan menular di Batam, Indonesia. Justeru, sebagai negara terdekat Singapura, Malaysia juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan penyakit tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan cacar monyet? Menurut Pakar Perubatan Dalaman dan

Memuatkan artikel berkaitan…
DR. MUHAMMAD REDZWAN
DR. MUHAMMAD REDZWAN 

Pernafasan Perubatan Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Muhammad Redzwan S. Rashid Ali, cacar monyet atau dikenali sebagai monkeypox ialah sejenis penyakit seperti cacar yang berlaku terutamanya di negara Afrika tengah dan barat. Penyakit ini ditemui pada monyet pada tahun 1958. Kajian makmal menunjukkan bahawa penyakit itu juga boleh dijangkiti oleh tikus Gambia, tupai dan manusia.

Kata beliau, penyebaran penyakit ini kepada manusia ialah melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah, daging mentah atau titisan pernafasan haiwan yang dijangkiti. Tersebarnya virus ini antara manusia dan manusia adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair badan seseorang yang dijangkiti atau objek dicemari oleh virus itu seperti tempat tidur atau pakaian. Namun begitu, kebarangkaliannya adalah rendah dan sangat jarang berlaku.

“Gejala daripada penyakit ini biasanya hadir pada hari ke 14 hingga 21. Ini termasuk demam, sakit kepala yang serius, lymphadenopathy iaitu pembengakakan nodus limfa, sakit belakang badan, kesakitan pada otot-otot sendi serta individu mudah berasa letih kerana kekurangan tenaga. Sesetengah pesakit mungkin mengalami batuk, loya dan sesak nafas.

“Ruam pada kulit juga boleh muncul dan biasanya bermula dari wajah dan kemudian merebak ke bahagian tubuh yang lain. Cacar ini akan berkembang daripada maculopapules (cacar dengan bentuk rata) menjadi benjolan kecil padat, bintik-bintik sehingga menjadi lapisan kulit kering. Penyakit cacar monyet ini tidak mudah dikenal pasti kerana gejalanya lebih kurang sama dengan gejala penyakit virus yang lain,” kata beliau lagi.

Pencegahan

Dalam pada itu, Pegawai Perubatan Kemalangan dan Jabatan Kecemasan, Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Sundar Raj berkata, secara umumnya, cecair daripada lesi kulit penghidap akan dilakukan beberapa siri peperiksaan di makmal khas untuk pengesahan virus cacar kulit monyet.

Mengulas tentang rawatan penyakit ini, Dr. Sundar memberitahu, tiada rawatan atau vaksin khusus bagi jangkitan cacar monyet tetapi wabak penyakit ini boleh dikawal. Bagi tujuan mengawal wabak itu, vaksinasi terhadap cacar, antivirals dan vaksin immune globulin (VIG) boleh digunakan. Ini kerana keupayaan vaksinasi terdahulu terhadap cacar (smallpox) terbukti 85 peratus mampu berlindung daripada penyakit ini.

Terdapat sesetengah kes yang boleh menyebabkan maut. Kebiasaannya, kes kematian kerana penyakit cacar monyet adalah antara sembilan peratus dan kebanyakan berlaku dalam kumpulan umur yang lebih muda.

Sementara itu cacar monyet boleh dicegah dengan mengelakkan makan daging pembawa rektor atau menyentuh haiwan yang dikenal pasti mendapat virus dalam hutan terutamanya tikus dan 
monyet.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit itu, secara fizikalnya perlu mengasingkan diri sehingga semua luka cacar sembuh (kehilangan kerak) dan orang yang merawat pesakit ini mesti menggunakan sarung tangan dan topeng muka bagi mengelakkan sebarang sentuhan langsung atau titisan. Pengasuh juga perlu mendapatkan vaksin cacar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini