Pemergian Faziani kehilangan besar industri produk kecantikan negara - Utusan Malaysia

Pemergian Faziani kehilangan besar industri produk kecantikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan menyifatkan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, satu kehilangan besar kepada industri perniagaan produk kecantikan negara, khususnya di Kelantan.

Yang Dipertuanya, Mohd. Ali Amin Abd. Latif berkata, pemergian usahawan terkenal secara mengejut itu pastinya memberi kesan kepada semua pihak terutama anggota keluarga dan usahawan jenama produk berkenaan di seluruh negara.

“Beliau antara usahawan Kelantan yang berjaya mengetengahkan produk kecantikan di negara ini. DPMM mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarganya atas pemergian arwah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Ali Amin berkata, pihaknya akan menziarahi Allahyarham di kediamannya di Wakaf Baru hari ini, dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Faziani maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 10.30 pagi, manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal pula cedera parah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini